Wednesday 25 May 2011

anggota badan rancangan pengajaran harian

CONTOH SLOT PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Tahun 1 avvai
Tarikh : 10 Januari 2010
Masa : 8.30-9.00 pagi
Bil pelajar : 25 orang
Modul : Bertema
Tema : Badan Saya
Tunjang Utama : Sains dan Teknologi
Standard Kandungan : ST 3.1 Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian-bahagian badan
Standard Pembelajaran : ST 3.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh badan utama iaitu kepala, mata, hidung, mulut, gigi, telinga, rambut, kaki, jari dan tangan.
Kesepaduan Tunjang : PFK 3.1 Menjaga kebersihan diri
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
- menunjukkan dengan yakin bahagian tubuh badan utama mereka
- mengenal pasti fungsi setiap anggota badan
- menunujukkan cara yang betul bagi menjaga kebersihan diri seperti menggosok gigi, mencuci tangan,
menyikat rambut dan lain-lain.

Pengetahuan Sedia Ada : Telah mengenal angggota tubuh badan mereka
Kemahiran Berfikir (KB) : menaakul, menjana idea (apa berlaku jika anggota badan kurang atau cedera. Cth: patah tangan, jari, mata cedera dll)
Penerapan Nilai : PSE 2.1 Membina konsep kendiri
PSE 2.2 Membina semangat dan sikap yang positif
Bahan Bantu Mengajar : Alat kebersihan diri (berus gigi, sikat, sabun, cecair pencuci tangan, tuala kecil), gambar tunggal atau model tubuh badan
Fokus MI : Kinestetik, Muzikal, Linguistik
Kosa Kata : jari, mata, kuku, kaki, pipi, gigi, gusi.
















Masa/ Langkah

Isi Pelajaran
Aktiviti
Catatan
Set Induksi
(3 minit) Soal jawab
Contoh soalan:
1. Cuba teka apa yang terjadi kepada tangan cikgu?
2. Apa akan berlaku jika kita kehilangan tangan/ jari cedera Guru masuk ke kalas dengan keadaan tangan beranduh/ kaki berbalut/ mata tertutup sebelah
Guru bersoaljawab dengan murid dengan keadaan guru tersebut.
Murid meneka apa akan berlaku jika salah satu anggota tercedera atau hilang anggota KB: Menaakul dan menjana idea
MI: Linguistik
Perkembangan P&P

Langkah 1
(10 min)


Gambar anggota badan

gigi

Guru menunjukkan gambar tunggal / model dan bersoal jawab tentang anggota badan
Murid menyebut anggota badan yang ditunjukkan oleh guru
Guru meminta murid menunjuk dan menamakan anggota badan masing-masing Nilai: Membina konsep kendiri
Membina semangat dan sikap yang positif
Langkah 2
(10 min) Fungis anggota badan.








Guru meminta murid menyatakan fungsi anggota badan.
Murid menggayakan aksi beberapa aktiviti dengan menggunakan anggota badan seperti:
jari - menguntai manik, meramas, mengoyak
hidung - menghidu bau-bauan,
telinga - mendengar bunyi kuat dan perlahan,
tangan - memegang pensel, mulut - mengunyah, menggigit makanan keras dan lembut dan sebagainya. MI: Kinestetik

Langkah 3
(5 min)
Amalan kebersihan harian:
Menggosok gigi, mencuci tangan, menyikat rambut.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang amalan kebersihan
Guru menunjuk cara menjaga kebersihan diri
Murid menunjukkan cara menjaga menggosok gigi, mencuci tangan dan menyikat rambut dengan betul.
KB: Menjana idea
MI: Linguistik
Nilai: Membina konsep kendiri
Membina semangat dan sikap yang positif

Penutup
(2 min)

Nyanyian
lagu : ”Bangun Pagi”
Guru menyanyikan lagu ’Bangun Pagi’.
Murid mengikut guru menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai sambil beraksi. MI: Muzikal dan Kinestetik

Refleksi Guru :

Catatan Guru Pembimbing/ Pensyarah :

No comments:

Post a Comment